Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.
Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga.
Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.-
Saturday, February 13, 2016
Thursday, February 11, 2016
Dayak merdeka De Boven Kapoeas
“DAYAK MERDEKA” DE BOVEN KAPOEAS
Sesuatu yang mungkin ramai tidak mengetahui bahawa suatu waktu dahulu di ketika Sarawak di bawah pemerintahan keluarga Brooke dan Kalimantan pula didominasi oleh Koloni Belanda ada satu kawasan yang bergelar De Boven Kapoeas mengikut bahasa Belanda. Apa yang dirujuk sebagai De Boven Kapoeas ini adalah wilayah yang sekarang dinamakan Taman Nasional Betung Kerihun.
Topografinya pula adalah kawasan yang bergunung ganang membentang dari Pergununggan Muller bersambung dengan Gunung Betung dan Gunung Kerihun yang akhirnya memisahkan sempadan 2 negara iaitu Sarawak, Malaysia di sebelah utara dan Kalimantan Barat, Republik Indonesia di sebelah selatannya.
Umum mengetahui bahawa etnik Iban adalah antara etnik yang memulakan penghijrahannya daripada kawasan Kapuas Hulu beratus-ratus tahun dahulu kemudian menyusuri wilayah Sarawak seperti Batang Lupar, Saribas dan banyak lagi (Sandin, 1967).
Dan signifikasinya De Boven-Kapoes adalah bagaimana perkaitan sejarahnya dengan aktiviti etnik Iban suatu waktu yang telah membuat keributan pentadbiran Brooke dan juga Koloni Belanda sehingga mereka terpaksa bersatu untuk memastikan kedua-dua Negara aman dari segala perang saudara dan sebagainya.
Dan sejarah juga membuktikan bahawa suatu waktu dahulu, wilayah Sarawak merupakan tanah kuripan kepada Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam. Dan bila berbicara di dalam konteks ini bukan semua masyarakat yang menghuni wilayah kuripan ini “setia” dan “menerima” pembesar-pembesar yang dilantik oleh Kerajaan Brunei dan salah satu yang lantang menidakkan mereka diperintah oleh Kerajaan Brunei adalah dari etnik Iban. Dan pada yang menentang pemerintahan itu, mereka menggelar diri mereka sebagai “Dayak Merdeka” dan pada yang menerima dikenali sebagai “Serah Dayak”.
Aktiviti “Dayak Merdeka” ini sebenarnya paling amat digeruni sehinggalah Sarawak dibawah pemerintahan Brooke kerana walau banyak ekspedisi-ekspedisi yang digunakan oleh Brooke untuk memerangi barangsiapa “Dayak Merdeka” yang tidak menerima pemerintahannya sudah tentu De Boven Kapoeas ini menjadi satu wilayah untuk tempat mereka melarikan diri dan menyusun strategi semula.
Dengan berada di wilayah ini, Dayak Merdeka mampu mengumpul kekuatan kerana adanya perkaitan dengan “Dayak Merdeka” di sebelah wilayah yang dinaungi oleh Belanda yang juga turut sama tidak mahu menerima pengaruh Belanda di wilayah mereka.
Hal ini menjadi seperti “api di dalam sekam” antara hubungan Brooke dan Belanda apabila pada tahun 1886 satu ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Kedang 1886 telah dijalankan oleh Brooke dengan kekuatan sekitar 10,000 hingga 12,000 tentera Sarawak Kingdom menuju ke wilayah De Boven Kapoeas. Disini sahaja Brooke turut menggunakan kekuatan tentera “Serah Dayak” yang menjadi musuh di dalam selimut untuk kekuatan Dayak Merdeka pada waktu itu.
Pada masa Ekspedisi Kedang 1886 ini dijalankan hampir 80 buah rumah panjang Iban dibakar oleh Brooke bagi menghalang kegiatan penentangnya. Dengan kekuatan sebanyak itu juga diceritakan bahawa Ekspedisi Kedang ini telah menyaksikan bagaimana masyarakat Iban di De Boven Kapoeas tidak sedikitpun gentar dengan tentera Brooke.
Di dalam catatan Charles Brooke melalui jurnal pengembaraannya ada mencatatkan bahawa peperangan di De Boven Kapoeas itu juga dikenali sebagai “Serang Rata” yang bermaksud tentera Brooke menerima serangan dari kesemua arah oleh etnik Iban yang mendominasi wilayah itu berkurun lamanya. Dan apabila Brooke bertindak memerangi orang Iban ini dia turut telah bertindak di luar perbatasan sempadan kerana diceritakan 41 buah daripada rumah panjang Iban yang diperangi dan dibakar itu terletak di kawasan sempadan dibawah takluk Koloni Belanda.
Atas hal ini pemerintah Koloni Belanda sama sekali membantah “perbuatan” Brooke kerana walaupun hakikatnya mereka sendiri tidak mampu mengawal masyarakat Iban di wilayah mereka sendiri. Kejadian ini juga menyebabkan kedua-dua kerajaan Eropah ini bermasam muka buat seketika.
Sebenarnya jauh sebelum Brooke memerangi Iban di De Boven Kapoeas, Koloni Belanda juga turut berbuat demikian iaitu pada tahun 1870an hingga 1880an. Beberapa ekspedisi Belanda juga turut memerangi masyarakat Iban di wilayah ini dan yang paling maha hebat pertempurannya adalah yang berlaku di Batu Bangkai (Niclou 1887, 50).
Pertempuran etnik Iban di sebelah wilayah Koloni Belanda ini dikatakan turut disertai oleh etnik Iban di sebelah sempadan Sarawak yang membuatkan Koloni Belanda terpaksa berundur bagi mencari formula yang terbaik untuk memerangi masyarakat Iban di wilayah ini.
Menurut catatan Sarawak Gazette 1895 yang dikeluarkan oleh Sarawak Kingdom ada menyatakan bagaimana dilemma yang dihadapi oleh kedua-dua kerajaan ini di dalam menghentikan kegiatan penentangan yang ditunjang oleh “Dayak Merdeka” di De Boven Kapoeas ini. Dan ini ada kena mengena dengan penentangan Bantin salah seorang pahlawan Iban yang sememangnya tidak menerima apa sahaja bentuk pentadbiran Brooke pada masa itu.
Beliau dikatakan telah mempergiatkan aktivitinya di wilayah De Boven Kapoes. Pada tahun 1902, tidak tertahan dengan Bantin, Brooke juga turut memerangi sekali lagi iban di wilayah ini tetapi terpaksa berundur kerana wabak taun menyerang anggota tentera Sarawak Kingdom yang dikatakan hampir 10,000 orang kekuatannya.
Akhirnya pada tahun 1917, setelah beberapa kali mencari titik perdamaian antara Brooke dan Belanda dengan masyarakat Iban di De Boven Kapoeas telah ada sinar untuk menjadikan wilayah ini sebagai salah satu wilayah yang aman damai dan bukannya satu wilayah untuk menjadi pusat untuk memerangi kedua-dua pemerintah Eropah di Borneo pada waktu itu.
Malah Bantin sendiri turut sama-sama memainkan peranan bagi meredakan penentangan “Dayak Merdeka” di wilayah sempadan ini. Menurut perjanjian itu juga masyarakat Iban di wilayah sempadan De Boven Kapoeas adalah pengawal kepada wilayah ini daripada sebarang bentuk pencerobohan. Mereka dikatakan merupakan “tentera sempadan” yang dihormati dan mempunyai sistem pemerintahan sendiri atau di dalam maksud moden sekarang “kuasa autonomi”.
Sejarah mengenai “Dayak Merdeka” De Boven Kapoeas ini menyaksikan hampir 17 ekspedisi perang dijalankan oleh Brooke dan Belanda untuk memerangi mereka. Ramai nyawa-nyawa pahlawan Iban yang tinggal di sempadan ini gugur di medan perang bagi menyatakan hak mereka untuk memastikan wilayah mereka merdeka daripada sebarang bentuk pemerintahan bangsa Eropah pada masa itu.
Malah di ketika era Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1962-1965 juga menyaksikan wilayah ini turut dijadikan antara tempat yang berlaku banyak pertempuran namun begitu Sarawak Ranger mahupun “Penjejak Iban” antara mereka yang menjadi barisan harapan untuk memastikan kedaulatan Sarawak, Malaysia terjaga.
Inilah sekelumit informasi sejarah mengenai satu wilayah yang dikenali sebagai De Boven Kapoeas yang pada asalnya satu wilayah yang menghimpunkan “Dayak Merdeka” iaitu Iban yang tidak mahu menerima pemerintahan mana-mana pihak baik Brunei mahupun Brooke serta Belanda. Akhirnya mereka mempunyai kuasa autonomi kecil wilayah kecil ini bagi memastikan Sarawak dibawah Brooke dan Kalimantan dibawah Belanda aman damai suatu waktu dahulu.
Agi Idup Agi Ngelaban.
#KamekSayangSarawakBah
-HB-
Rujukan:
1. Author: Baring-Gould, S. (Sabine), 1834-1924; Bampfylde, Charles Agar, 1856-A history of Sarawak under its two white Rajahs, 1839-1908
2. Author: Benedict Sandin,; - The Sea Dayaks of Borneo: Before White Rajah Rule
3. Author: Michael Eilenberg; - Evading Colonial Authority. Rebels and Outlaws in the Borderlands of Dutch West Borneo 1850s–1920s
4. Author: Read L. Wadley & Michael Eilenberg; - Vigilantes and Gangsters in the Borderland of West Kalimantan, Indonesia

Subscribe to:
Posts (Atom)